Wednesday, 2 September 2015

takrifan kesantunan tokoh dunia(bab2)

2.2: KETAKRIFAN KESANTUNAN TOKOH DUNIA
~ Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
~ Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat. Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
~ Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
~ Kesantunan terbahagi kepada dua jenis seperti yang dijelaskan oleh Asmah Haji Omar: kesantunan asas dan kesantunan berkala.
~ kesantunan asas: kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
~ kesantunan berkala: kesantunan yang menggmbarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.
~ Leech (1983), menginterprestasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergesaran dalam sesuatu interaksi. Dalam usaha mengurangkan pergesaran atau konflik penggunaan bahasa mesti halus, beradab sopan, perlakuan lemah-lembut dan berbudi pekerti.
~ J. Ferguson dan Das Gupta (1968) menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
~ Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras.
~ Menurut Aristotle, ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. Pengertian yang diberikan memberi maksud aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu bagi menentukan seseorang itu berakhlak terpuji atau mempunyai akhlak yang tercela.
~ Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Pengertian ini merujuk kepada kesantunan yang harus ada kepada pemimpin masyarakat atau orang yang mempunyai kuasa, harta dan kedudukan dalam masyarakat.
~ Lakoff (1975) telah  mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergesaran dalam sesuatu interaksi yang berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal.
~ Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.



~ Asmah Haji Omar (2000)                                                        
~ Leech (1983)                  
 ~ Hamka
                 ~ Aristotle                         

No comments:

Post a Comment