BAB 1: KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
1.1; Pengertian Budi
1.1; Pengertian Budi
- Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar, 1970).
- Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain.
- Menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan kebijaksanaan atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak dan daya upaya yang baik.
- Pengertian ini membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijaksanaan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan.
- Mengikut Kamus Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan percakapan yang baik.
- Menurut Ferdinand de Saussure(1960), beliau menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
- Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem.
- Menurut Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.
- Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) telah mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
1.3: Pengertian Budi Bahasa
- Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah.
- Budi bahasa merujuk kepada tutur kata , kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, perbuatan kebajikan ynag tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia.
- Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa atau bahasa sebagai budi.
- Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia.Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik.
- Budi bahasa merupakan cerminan budaya . Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah ynag diamalkan oleh sesebuah masyarakat.
SOALAN TUTORIAL
1) Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.
JAWAPAN: Budi ialah akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak atau sifat baik dan daya upaya yang baik.Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.
2) Jelaskan pengertian budi bahasa daripada perspektif orang Melayu, orang Cina dan orang India.
JAWAPAN: Mengikut pandangan orang Melayu, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Bagi orang Cina, ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, Ayah dengan anak dan lain-lain. Mengikut agama Hindu orang India, nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat.
3) Ulas pantun di bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa.
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi, runtuhlah bangsa
JAWAPAN: Semasa membina rumah, jiak semua orang saling membantu dan bertanggungjawab, rumah yang dibina amat kukuh. Sebaliknya, jika rumah itu dibina ikut hati sendiri sahaja, rumah tersebut tidak kukuh . Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Budi bahasa merupakan akses yang penting untuk mengukuhkan bangsa dan negara. Jika tidak, bangsa itu akan roboh kerana tiada perpaduan antara satu sama lain.
1.4: Ciri-ciri Budi Bahasa
- merendah diri
- mempunyai sifat sabar
- mempunyai ketahanan diri yang tinggi untuk menghadapai sesuatu cabaran
- bersifat positif
- bersopan santun
- seorang pemurah
- seorang pemaaf
- mempunyai kesantunan yang tinggi
1.5: Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
- BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT CINA
~tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
~siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
~dilarang mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat dalam pergaulan
~hormat-menghormati
~ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
~melayan tetamu dengan baik
~tidak membuat bising semasa sembahyang
- BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU
~menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
~memberi salam apabila bertemu
~berjabat tangan apabila bertemu dan berpisah
~berpakaian menutup aurat
~tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
~makan menggunakan tangan
~tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
~anak dara duduk bersimpuh
- BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT INDIA
~tidak bising semasa sembahyang
~bersabr dan tidak pemarah
~membuka kasut semasa memasuki kuil
~berpakaian tidak menjolok mata
~sentiasa menolong orang yang menghadapi masalah
~pemaaf
~pemurah
SOALAN TUTORIAL
1) Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya: Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh. Berikan ulasan anda.
JAWAPAN: Ayat tersebut bermaksud hati merupakan organ yang paling penting dalam tubuh kita. Jika hati henti berfungsi, maka kita akan mati. Sebelum melakukan setiap perkara, kita perlu berfikir tentang adanya bertentangan dengan budi bahasa dan kita haruslah berbuat perkara yang betul sahaja. Jika kita dikawal oleh fikiran dan tingkah laku yang tidak baik, kepribadian diri sendiri akan terjejas.
2) Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.
JAWAPAN: Amalan budi bahasa pada hari ini semakin terhakis disebabkan oleh pengaruh budaya Barat. Budaya Barat yang terbuka telah digemari oleh rakyat negara kita teruatmanya remaja. Mereka berasa budi bahasa dan budaya negara Barat lebih menarik. Faktor kedua ialah pengaruh rakan sebaya. Faktor ketiga ialah kekurangan ilmu tentang kepentingan budi bahasa.
3) Bagaimanakah cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita?
JAWAPAN: ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil.Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.pihak kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu,orang Cina dan juga orang India.Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran atau ceramah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari bahawa betapa penting sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan budi bahasa.