(a) Kesantunan Verbal
(b) Kesantunan Nonverbal
(c) Kesantunan Lisan
(d) Kesatunan Penulisan
(a) Kesantunan Verbal
~ kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada memalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukan daripada kita.
~ dalam masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa amat penting kerana bahsa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat
~ Verbal merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.
APA YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA MENGABAIKAN KESANTUNAN VERAL?
SOALAN TUTORIAL
1) Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.
JAWAPAN: Rakan sekelas saya terdiri daripada tiga kaum iaitu Cina, Malay dan India. Cara saya mengamalkan konsep kesantunan bahasa dengan mereka adalah berkomunikasi dengan menggunakan yang semua orang faham iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya juga sentiasa bersalam dengan rakan-rakan di Institut Pendidikan Guru. Saya sentiasa mengambil berat terhadap rakan-rakan adakah mereka memerlukan bantuan.
2) Senaraikan lima jenis kesantunan verbal yang melibatkan guru dan murid-murid sekolah, kemudian berikan contoh dialog yang sesuai dengan menekankan aspek kesantunan verbal.
JAWAPAN: ~ Murid-murid sekolah perlu bersalam kepada guru.
~ Murid-murid harus mendengar, mengikut arahan dan nasihat guru.
~ Murid-murid perlu bercakap dengan guru dengan sopan dan halus.
~ Murid-murid harus menghormati guru.
~ Murid harus membantu guru jika mereka memerlukan bantuan.
CONTOH DIALOG: " Selamat pagi Cikgu"
" Selamat pagi Ahmad"
" Cikgu, bolehdah saya membantu Cikgu mengangkat buku-buku ini?Nampak berat sangat."
"Oh ,boleh,terima kasih ye Ahmad kerana sudi membantu Cikgu."
"Sama-sama cikgu, inilah tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar."
No comments:
Post a Comment