1.0 PENDAHULUAN
Budi bahasa merupakan
amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka
terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting
untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi
nasional negara ke arah Wawasan 2020. Berita tentang remaja bertindak liar di
luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah
seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada
akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah
kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat.
Sebelum keadaan
menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan
dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.
Hal ini menunjukkan bahawa maksud budi bahasa tidak mempengaruhi dalam kalangan
masyarakat. Menurut Kamus Dewan kesantunan
memberi pengertian perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti),
baik dalam bahasa lisan ataupun lisan. Dalam konteks masyarakat Malaysia,
kesantunan amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan. Bahasa pula merujuk
kepada sebuah alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, bertukar pendapat meluahkan
perasaan dan kefahaman awal.
2.0
KESANTUNAN
BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH
2.1
PENGENALAN
Konsep
kesantunan bukan sahaja
menumpuk kepada kesantunan
berbahasa semata-mata malahan
ia juga merujuk kepada aspek
nonverbal. Nonverbal ini terdiri
daripada tingkah laku , mimik
muka dan nada
suara.Oleh itu , kesantunan
diistilahkan sebagai kehalusan
budi bahasa atau
budi pekerti dan
kesopanan.Bagi mengetahui secara
dalam mengenai kesantunan
terdapat beberapa takrifan
daripada tokoh-tokoh dunia.Tokoh-tokoh ini
terdiri dari Melayu , Barat dan
agama.
2.2 KONSEP
KESANTUNAN
Konsep kesantunan bahasa adalah kesinambungan dari
konsep budi bahasa yang memberi amalan positif kepada seseorang insan.
Kesantunan berbahasa dapat didefinisikan sebagai sifat lemah-lembut, bersopan
santun dan mempunyai kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang
penutur apabila berbahasa atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja menggunakan
bahasa yang sopan dan beradab. Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun
bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti dan beradab atau sopan. Berbahasa
dengan santun ialah menggunakan bahasa secara halus, nilai rasa yang baik,
penuh kesopanan dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan
pendengar dalam proses berkomunikasi.
Konsep
kesantunan tidak hanya merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi
juga merujuk kepada aspek nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka dan nada
suara. Oleh itu, kesantunan boleh diistilahkan sebagai kehalusan budi bahasa
atau budi pekerti dan kesopanan. Konsep kesantunan ini mempunyai rangkuman segala
perlakuan terpuji yang disempurnakan pula dengan penggunaan bahasa yang santun
seperti yang ditunjukkan dalam lampiran Rajah 1.1. Dengan ini, kesantunan boleh
dijelmakan dengan dua cara, iaitu :
a) Kesantunan
berbahasa melalui pemilihan kata ataupun nada
b) Kesantunan
dalam perlakuan melalui gerak laku, gaya dan ragam
Konsep
kesantunan wujud dengan pelbagai teori dan takrifan daripada tokoh-tokoh dunia.
Konsep kesantunan ini juga adanya pelbagai sifat kerana dalam konsep ini dapat
pelbagai bentuk kaedah yang telah dirumus dengan penuh strategi. Bagi
mengetahui secara dalam mengenai kesantunan terdapat beberapa takrifan daripada
tokoh-tokoh dunia. Tokoh-tokoh ini terdiri dari Melayu, Barat dan agama.
Tokoh-tokoh Melayu terdiri daripada Awang Sariyan, Hamka, Noriati A.Rashid,
Zaitul Azma Zainon Hamzah serta
J.Ferguson dan Das Gupta, Leech, Thomas, Brown dan Levinson dan sebagainya
ialah tokoh-tokoh dari Barat.
Menurut Awang Sariyan (2007) telah memberi definisi kesantunan sebagai
penggunaan bahasa yang baik,sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Melalui
perkataan tersebut, kesantunaan telah didefinisikan sebagai peraturan perlakuan
yang tetap dan dipersetuju oleh sesuatu masyarakat dengan menjadi prasyarat
dalam kalangan masyarakat. Menurut tokoh Melayu iaitu Hamka (2002),mengatakan
bahawa kesantunan adalah kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Menurut
Noriati A.Rashid (2004) berpendapat bahawa kesantunan terbina apabila manusia
menjaga air mukanya sebagai mengekalkan hubungan dengan tuhan.
Menurut Thomas (1995) kesantunan merupakan kesedaran tentang jarak
sosial. Hal ini, bermaksud bahawa seseorang penutur perlu sentiasa mengamalkan
sikap sopan apabila berhubung dengan
orang lain kerana adanya had antara seorang penutur dengan yang lain. Satu
teori kesantunan yang berasal daripada pendapat Goffman(1987) tentang
ekspresi muka. Beliau mendefinisikan
kesantunan sebagai mengambil berat ataupun peduli tentang wajah penutur dan
pendengar. Dengan kata lain, wajah bukan hanya bermaksud rupa tetapi turut melibatkan harga diri seseorang.
Sehubungan ini, Brown dan Levinson (1987) menyatakan bahawa wajah merupakan
kurniaan peribadi yang dimiliki oleh setiap insan dan bersifat universal.
Disamping itu, takrifan kesantunan menurut perspektif agama merupakan
kepercayaan, nilai dan amalan yang berasakan kepada pengajaran. Agama sebagai
model kepada diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan. Agama juga
membantu manusia memahami kejadian di dunia. Konsep ketuhanan merupakan satu
aspek yang luas namun semua agama menekankan kepada kebaikan dan kebenaran.
2.3
KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
2.3.1 PANDANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM
Menurut, Khalifah Abdul Malik Marwan, ‘ semulia-mulia manusia
ialah orang orang yang
mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang
lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
Menurut Hamka, kesantunan berbahasa
adalah Kata-kata yang
lemah dan beradab yang dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. Beliau
tambah lagi bahawa Kecantikan
yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.
Menurut
Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadisnya menekankan kesantunan berbahasa dengan
bersbda bahawa, “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka
hendaklah berkata baik atau lebih baik diam. Beliau juga bersabda “Sesungguhnya
orang yang paling aku benci dan paling jauh darriku nanti di hari Kiamat ialah
orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara”.
Maka, dapatlah kita menyimpulkan
bahawa kesantunan berbahasa adalah sikap manusia yang sentiasa merendah diri,
bersikap adil dan memaafkan orang lain apabila mereka membuat kesalahan.
Kecantikan manusia terletak pada budi bahasa dan akal fikiran manusia. Manusia
yang berpakaiaan cantik dan mempunyai wajah yang menawan tetapi tidak bersantun
dikira sebagai orang yang tidak cantik.
2.3.2 PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT
Lakoff(1975)
menginterprestasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran
dalam sesuatu interaksi. Bagi Fraser dan Nolan (1981), kesantunan itu berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha
untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan konflik. Leech (1983)
pula menyatakan bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang mewujudkan dan
mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau
seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan bermaksud baik-baik sahaja
tetapi yang paling pentig ialah menjalankan prinsip kerjasama dengan
menghubungkannya dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi
untuk mengelakkan konflik.
Dua tokoh terkenal dengan
pandangan mereka terhadap fenomena kesantunan, iaitu Brown dan Levinson pula
mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka(TAM)
kepada pendengar (1987). Pada mereka, setiap orang mempunyai kehendak muka yang
terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negative yang merupakan kehendak
masyarakat sejagat. Sehubung itu, sewaktu berlakunya komunikasi, penutur perlu
mengurangkan ancaman terhadap muka pendengar dengan memilih strategi
kesantunan. Kesantunan juga dikatakan sebagai satu fenomena bahasa yang boleh
dikaji secara emprikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang
melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar bagi pendapat
Held (1992).
Secara keseluruhanya, kesantunan adalah suatu perlakuan
yang mengelakkan salah faham ataupun konflik di dalam sesuatu interaksi.
Kesantunan dapat menjamin hubungan antara penutur dan pendengar supaya mereka
tidak berkelahi. Kesantunan juga menjadi alat yang meneyelesaikan konflik
dengan penggunaan bahasa, nada dan intonasi yang betul. Penggunaan kesantunan
pada masa, tempat dan situasi yang sesuai dapat mengurangkan tindakan ancaman
muka iaitu muka positif muka negative.
2.3.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH DI MALAYSIA
Menurut, Awang Sariyan (2007) memberi definisi
kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat
bermasyarakat.
Menurut Asmah Hj. Omar
(2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan
oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.Strategi ini dikaitkan dengan
kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang
santun.Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan
peranan masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan
keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang
menggambarkan maruah dan martabat.
Menurut Za’ba budi bahasa bukan
sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah laku. Za’ba (1950) memberikan
beberapa contoh tingkah laku yang baik seperti bersalam, menunjukkan muka yang
manis, cara duduk yang tertib, melayan tetamu dengan menghidangkan juadah, membongkokkan
badan ketika melintas dan menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu.
Maka, dapatlah kita menyimpulkan
bahawa kesantunan adalah sikap-sikap yang baik seperti berbudi bahasa,
bersopan-santun, beradab, hormat-menghormati kita terhadap orang yang bertutur dengan
kita. Kesantunan adalah satu cara yang digunakan oleh manusia untuk memcapai
sesuatu tujuan atau matlamat. Kesantunan juga boleh dikatakan sebagai panduan
tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli masyarakat yang sudah
ditetapkan oleh masyarakat zaman dahulu.
2.4
KEPENTINGAN KESANTUNAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
2.4.1
Individu
Seorang individu yang berbudi bahasa dan bersopan
santun akan mudah mendapat pertolongan ketika berada dalam kesusahan kerana
disegani oleh orang lain.Orang yang bersantun juga mudah didamping oleh orang
lain kerana sifatnya terpuji. Kesantunan
bahasa juga melahirkan individu yang beretika dan bersopan santun dalam
kehidupan seharian.
2.4.2
Masyarakat
Kesantunan
adalah sangat penting dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ini kerana Negara
kita mempunyai masyarakat daripada pelbagai bangsa,agama dan kaum yang hidup
bersama. Kesantunan dapat membantu mewujudkan perpaduan antara masyarakat
berbilang kaum seperti yang terdapat dalam gagasan Malaysia. Apabila wujudnya
sikap-sikap seperti toleransi, bertolak-ansur dan saling hormat-menghormati
akan lahirlah masyarakat yang hidup dengan aman dan harmoni. Dengan ini, kita
dapat mengelakkan perbalahan sesama masyarakat seperti isu Plaza Low Yat
baru-baru ini. Kesantunan juga dapat masyarakat Malaysia yang bertamadun dan
disegani di mata dunia.
2.4.3
Negara
Dari persepektif Negara pula,
masyarakat yang berbahasa dapat meningkatkan nama baik Negara dengan mempamerkan
nilai-nilai positif kepada pelancong asing seperti tolong-menolong,berbudi
bahasa dan senyum. Keadaan ini akan menarik minat pelancong asing utuk sentiasa
berkunjung Negara kita kerana mereka selesa dengan layanan yang diberikan oleh
masyarakat Malaysia. Apabila bila ramai pelancong mula berkunjung ke Negara
kita ia secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan Negara. Apabila
pendapatan Negara meningkat Negara akan menjadi maju dan menjadi stabil dari
segi ekonomi sekali gus mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Di samping
itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan untuk mentadbir Negara
dengan cekap dan telus. Hubungan diplomatik antara Negara serantau bagi
menjamin kemajuan dan keselamatan Negara dapat dijalinkan dengan mudah.
2.5
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya dengan
mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, kita akan digolongkan
sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif,
mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu, bermoral dan
baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia
sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan tinggi
peradaban. Penggunaan bahasa Melayu yang santun dikaitkan dengan tanggapan
dan konsep ‘reti bahasa’. Kata pepatah Melayu, ``Yang tua dihormati, yang
muda disayangi”.
3.0 Isu-isu Kesantunan Di Malaysia
3.1 Pengenalan
Menurut Kamus
Dewan Edisi 4,(2005) m/s 1390, perkataan
kesantunan membawa maksud perihal santun, kesopanan, kehalusan budi bahasa atau
budi pekerti. Isu-isu semasa yang telah berlaku dalam kalangan remaja
sebenarnya mempunyai kaitan dengan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat.
Kekurangan pengamalan nilai kesantunan akan menyebabkan remaja masa kini sering
melakukan tingkah laku yang kurang sopan dan secara tidak langsung akan terjerumus
dalam gejala social seperti pembuangan bayi, ponteng sekolah, vandalism,
gangsterisme dan lari dari rumah. Hal ini demikian kerana remaja kurang
memahami konsep nilai kesantunan serta kepentingan pengamalan nilai kesantunan
dalam kehidupan.
3.2 Isu
Kesantunan Di Malaysia
3.2.1 Isu Kesantunan Sosial
Malaysia
sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan
semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh,
menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan
ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan
Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari
terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari
dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada
kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara.
3.3 ISU GANGSTERISME
Sejak kebelakangan ini, masyarakat
sentiasa membincangkan tentang generasi muda melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti sosial yang boleh menjejaskan keutuhan struktur masyarakat di
negara kita. Masalah aktiviti-aktiviti sosial yang ditimbulkan ialah masalah
gengsterisme. Ibu bapa semakin mengambil berat tentang masalah ini kerana
aktiviti gengsterisme semakin berleluasan di sekolah-sekolah menengah seluruh
negara. Pada masa kini, sekolah telah menimbulkan satu suasana yang tidak
selamat. Oleh itu, pelajar-pelajar dan ibu bapa tidak dapat mengyakini displin
sekolah. Mereka sangat merisaukan keselamatan anak-anak mereka semasa anak-anak
mereka belajar di sekolah. Sekolah di serata dunia juga menghadapi masalah kes
displin pelajar-pelajar.
Maksud gengsterisme ialah sekumpulan
orang yang melanggar moral masyarakat. Mereka akan melakukan kelakuan yang
tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan ini juga dikenali sebagai
kumpulan yang bertingkah laku devian. Manakala golongan yang masih bersekolah
dikenali delinkuen. Kumpulan gengsterisme juga akan dipanggil samseng, perogol,
kaki ponteng dan lain-lain. Pada masa kini, keadaan gengsterisme telah
bertambah serius kerana didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid
sekolah rendah terlibat dalam gejala gengsterisme. Aktiviti yang akan dilakukan
oleh gengsterisme ialah kekasaran terhadap guru, pihak pengurusan sekolah dan
kes-kes keganasan. Antara kes-kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras
ugut barang kemas atau wang, berbahasa kasar dan menakut-nakutkan serta memukul
pelajar.
Golongan
remaja senang terdedah dalam keadaan persekitarannya. Jika kita dapat memenuhi
keperluan mereka seperti memberi keseronokan, mereka akan memasukkan kumpulan
kongsi gelap tersebut. Kumpulan gengster ialah satu kumpulan orang yang membuat
tindakan-tindakan yang ganas dalam bercorak anti sosial. Hubungan mereka
menjadi lebih erat dan kukuh berbanding pada mulanya tidak sehaluan. Mereka
sangat mementingkan semangat setia kawan dan mengamalkan tradisi kumpulan.
Golongan remaja akan mengubah spesifik geng mengikut keadaan semasa dan tempat.
Ahli-ahli akan memberikan sokongan yang tidak berbelah kepada satu sama lain.
Mereka akan memahami matlamat serta tanggungjawab masing-masing. Ketua kongsi
gelap akan pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah.
Sementara itu bilangan kes pelajar
yang terlibat dengan perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun
1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang
dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti jadual 3.1 berikut :-
Jadual Kes Pelajar Yang
Terlibat Aktiviti Gengster
dan Membakar
Premis Sekolah
Jenis Kes
|
1997
|
1998
|
1999
|
Kes Samseng
|
107
|
77
|
85
|
Membakar
Premis Sekoalah
|
6
|
19
|
10
|
Sumber
: Majalah Massa (Ogos 2000)
3.2 PUNCA ISU GANGSTERISME
Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke
atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah
boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan
pengaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi
anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka akan bersifat memberontak seperti
mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda
sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan
menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering
bersama membantu mengatasi sebarang masalah yang melibatkan pergaduhan,
kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka
berjaya dikesan.
Seterusnya, ada
remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme
kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas
anak-anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak
dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa
atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan
mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza
dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang
apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga.
Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan
perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.
Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan
aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri
individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari
terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan
ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai
keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan
bergeng ini.
Media massa memainkan peranan yang sangat penting di
dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah lakuyang
ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga
seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja.
Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana
walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan
penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang
salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang
dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.
3.5 KESAN ISU GANGSTERISME
3.5.1 DIRI SENDIRI
Seseorang remaja yang
melibatkan diri dalam gejala sosial seperti gengsterisme,ini akan mendatangkan
kesan buruk ke atas diri sendiri remaja tersebut.Masa depan remaja tersebut
akan dihancurkan.Remaja yang digelarkan sebagai benteng negara akan dilabelkan
sebagai golongan remaja yang jahat dan tidak berguna dan turut mencemari imej
diri sendiri.Mereka akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat.
3.5.2 KELUARGA
Kegiatan gangsterisme
akan membawa kesan buruk terhadap institusi keluarga. Apabila ibu bapa memberi
nasihat kepada mereka,mereka tidak akan mendengar dan ada juga akan menggunakan
keganasan dan memarahi balik ibu bapa mereka. Kegiatan gangsterisme juga akan
memburukkan imej keluarga. Ahli keluarga akan dikritik ,dikutuk dan dipandang
serong oleh masyarakat.Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga yang
sepatutnya seindah syurga .Selain itu,perbuatan jahat remaja juga akan
meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli keluarga.
3.5.3 MASYARAKAT
Kewujudan gengsterisme turut mendatangkan beberapa
kesan terhadap masyarakat dan remaja, ini termasuklah mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gengster di
sekolah memberi impak negatif kepada para pelajar dengan sering melakukan
kegiatan ganas seperti bergaduh, membuli golongan yang lemah, ponteng kelas,
mencabar guru dengan pertuturan yang kasar dan lain-lain. Ahli-ahli
gengster ini mengutip wang perlindungan daripada pelajar lain dan menakutkan
mereka yang enggan memberi kerjasama. Kesan seterusnya ialah ahli masyarakat
akan sentiasa terancam oleh kegiatan samseng. Gengster-gengster ini berani
melakukan pelbagai kegiatan ganas seperti membakar bangunan, merosakkan telefon
awam, merogol dan melumba motosikal secara haram.Gejala ini telah membimbangkan
ahli masyarakat yang lain untuk keluar dari rumah.
3.5.4 NEGARA
Kes gangsterisme juga
akan mempengaruhi nama baik negara kita. Jika kes gangsterisme terus meningkat
ia akan mempengaruhi perkembangan pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini
demikian kerana remaja merupakan harapan negara dan kini mereka telah terjebak dalam kes jenayah dan
ia akan memberi kesan buruk terhadap masa depan mereka.
3.6
Langkah-langkah untuk mengatasi isu gangsterisme
Terdapat beberapa
langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu
sekurang-kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme kalaupun tidak dapat
menghapuskannya sama sekali. Antaranya Ibu bapa memainkan peranan yang sangat
penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak
mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta
mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti
belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu
yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka.
Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah
bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil
inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak
mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang
mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk
meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua
mereka.
Sekolah mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur
masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari
mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung
dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat
dengan kumpulan gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program
tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar
berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di
dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan
organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa
pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama
mempertahankan pencapaian akademiknya.
Kerajaan memain peranan penting menangani masalah
gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat
dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara
perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah.
Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan
pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan
kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian
Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi
ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan
atau kelakuan segelintir pelajar berisiko.
Masalah
gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih
proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah
kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran
sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui
penayangan program yang bersifat pembentukan kepribadian remaja yang unggul.
Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola
kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan
agar remaja menonton ‘role model’ yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka.
3.7 Rumusan
Kesimpulannya, remaja
adalah tulang belakang pembangunan ekonomi,sosialdan politik bagi sesebuah
negara. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa, masyarakat,
keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama demi memastikan remaja
kini bebas dari gejala gengsterisme. Semua pihak haruslah
berganding bahu membanteras aktiviti negatif ini agar tidak berlarutan dan
bertambah serius lagi.Dalam mengatasi
masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting. Justeru pihak
berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisen
dan komited.
4.0 Kepentingan
Menangani Isu Gangsterisme Dalam Masyarakat Malaysia
Antara kepentingan menangani isu gangsterisme ialah
untuk mengurangkan kes masalah gangsterisme di Negara kita. Seperti yang kita
sudah tahu setiap hari kes gangstersime di Negara kita semakin meningkat. Saban
hari berita tentang kes-kes gansgterisme
sering terpampang di dada akhbar.Peningkatan kes gangsterisme akan meneyebabkan
keadaan huru hara di Negara kita. Pengurangan isu gangsterisme di Negara kita
1) Mengurangkan
kes masalah gangsterism
2) Dapat
mempertahankan imej Negara
3) Melahirkan
generasi masa depan yang bebas daripada penyakit social (kesedaran)
4) Masyarakat
hidup dalam aman dan damai
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah orang yang banyak
menabur budi hendaklah diteladani dan di ambil iktibar kepada generasi muda
yang bakal memimpin negara kelak. Bak kata pepatah Melayu harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Oleh itu, jelaslah bahawa orang
pada zaman dahulu menyifatkan budi yang baik akan dikenang untuk
selama-lamanya. Orang-orang yang berbudi akan dikenang dan menjadi pedoman
kepada masyarakat setempat. Budi baik seseorang juga akan diberi ganjaran pada
akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat malaysia hendaklah sentiasa berbudi
bahasa supaya dipandang mulia kepada negara lain khususnya.
Semua
pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menanam amalan berbudi
bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah
pihak sahaja untuk memupuk amalan murni
ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni perlulah diimplementasikan
dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Profesor DiRaja, Ungku
Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit
masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis
dari jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat
buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori
setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan
biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.
No comments:
Post a Comment