Thursday, 3 September 2015

pengenalan terhadap kesantunan(BAB 1)

       Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015), perkataan ‘santun’ membawa maksud halus sesuatu budi bahasa atau budi pekerti, beradab serta bersopan. Kesantunan pula merujuk kepada kehalusan sesuatu budi bahasa dan budi pekerti. Isu kesantunan bermaksud isu-isu yang berkaitan kehilangan budi bahasa, beradab dan budi pekerti.



 




BAB 1: KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

1.1; Pengertian Budi

  • Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar, 1970).
  • Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain.
  • Menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan kebijaksanaan atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak dan daya upaya yang baik.
  • Pengertian ini membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijaksanaan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan.
1.2: Pengertian Bahasa 

  • Mengikut Kamus Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan  percakapan yang baik.
  • Menurut Ferdinand de Saussure(1960), beliau menyatakan  bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
  • Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem.
  • Menurut Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.
  • Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) telah mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
1.3: Pengertian Budi Bahasa
  • Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah.
  • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata , kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, perbuatan kebajikan ynag tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia.
  • Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa atau bahasa sebagai budi.
  • Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia.Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik.
  • Budi bahasa merupakan cerminan budaya . Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah ynag diamalkan oleh sesebuah masyarakat.
SOALAN TUTORIAL
1) Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.
JAWAPAN: Budi ialah akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak atau sifat baik dan daya upaya yang baik.Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.
2) Jelaskan pengertian budi bahasa daripada perspektif  orang Melayu, orang Cina dan orang India.
JAWAPAN: Mengikut pandangan orang Melayu, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Bagi orang Cina, ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, Ayah dengan anak dan lain-lain. Mengikut agama Hindu orang India, nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat.
3) Ulas pantun di bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa.
     Tegak rumah kerana sendi
     Runtuh sendi rumah binasa
     Sendi bangsa ialah budi
     Runtuh budi, runtuhlah bangsa
JAWAPAN: Semasa membina rumah, jiak semua orang saling membantu dan bertanggungjawab, rumah yang dibina amat kukuh. Sebaliknya, jika rumah itu dibina ikut hati sendiri sahaja, rumah tersebut tidak kukuh . Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Budi bahasa merupakan akses yang penting untuk mengukuhkan bangsa dan negara. Jika tidak, bangsa itu akan roboh kerana tiada perpaduan antara satu sama lain.

1.4: Ciri-ciri Budi Bahasa
  • merendah diri
  • mempunyai sifat sabar
  • mempunyai ketahanan diri yang tinggi untuk menghadapai sesuatu cabaran
  • bersifat positif
  • bersopan santun
  • seorang pemurah
  • seorang pemaaf
  • mempunyai kesantunan yang tinggi
1.5: Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
  • BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT CINA
~makan menggunakan penyepit
~tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
~siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
~dilarang mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat dalam pergaulan
~hormat-menghormati
~ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
~melayan tetamu dengan baik
~tidak membuat bising semasa sembahyang
  • BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU
~barcakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
~menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
~memberi salam apabila bertemu
~berjabat tangan apabila bertemu dan berpisah
~berpakaian menutup aurat
~tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
~makan menggunakan tangan
~tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
~anak dara duduk bersimpuh
  • BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT INDIA
~duduk ketika makan dan menggunakan tangan
~tidak bising semasa sembahyang
~bersabr dan tidak pemarah
~membuka kasut semasa memasuki kuil 
~berpakaian tidak menjolok mata
~sentiasa menolong orang yang menghadapi masalah
~pemaaf 
~pemurah

SOALAN TUTORIAL
1) Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya: Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh. Berikan ulasan anda.
JAWAPAN: Ayat tersebut bermaksud hati merupakan organ yang paling penting dalam tubuh kita. Jika hati henti berfungsi, maka kita akan mati. Sebelum melakukan setiap perkara, kita perlu berfikir tentang adanya bertentangan dengan budi bahasa dan kita haruslah berbuat perkara yang betul sahaja. Jika kita dikawal oleh fikiran dan tingkah laku yang tidak baik, kepribadian diri sendiri akan terjejas.
2) Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.
JAWAPAN: Amalan budi bahasa pada hari ini semakin terhakis disebabkan oleh pengaruh budaya Barat. Budaya Barat yang terbuka telah digemari oleh rakyat negara kita teruatmanya remaja. Mereka berasa budi bahasa dan budaya negara Barat lebih menarik. Faktor kedua ialah pengaruh rakan sebaya. Faktor ketiga ialah kekurangan ilmu tentang kepentingan budi bahasa.
3) Bagaimanakah cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita?
JAWAPAN: ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil.Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.pihak kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu,orang Cina dan juga orang India.Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran atau ceramah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari bahawa betapa penting sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan budi bahasa.


konsep kesantunan (bab 2)

2.1: KONSEP KESANTUNAN
~  Kesantunan menurut Kamus Dewan (1984), hal.1115 bermaksud halus bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
~ Secara amnya konsep kesantunan sangat luas dan merangkumi aspek-aepek berikut:
(a) KESANTUNAN MENCERMINKAN NILAI KESOPANAN YANG HALUS

  • Orang yang santun tergambar nilai santun atau nilai etiket pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.
(b) KESANTUNAN SANGAT KONTEKSTUAL

  • Nilai kesantunan berlaku pada tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain.
  • Misalnya, penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu.
(c) KESANTUNAN SELALU BERLAKU DALAM HUBUNGAN DUA PIHAK

  • Misalnya antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita dan sebagainya.
  • Seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa.
  • Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar.
(d) KESANTUNAN TERCERMIN DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN

  • Contohnya cara berpakaian, cara bekerja, cara bertutur, cara makan, cara belajar, cara berpolitik dan lain-lain.
     
     
sumber rujukan: https://www.google.com/search?q=kesantunan&biw=1280&bih=561&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0CAYQ_AUoAWoVChMI6o2S2ebixwIVSBiOCh2QsgU_#imgrc=uJHALT1Efos6cM%3A
: Abdul Latib Abd Rahman et.al.(2014).Kesantunan Masyarakat Malaysia. Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pulau Pinang.

Wednesday, 2 September 2015

takrifan kesantunan tokoh dunia(bab2)

2.2: KETAKRIFAN KESANTUNAN TOKOH DUNIA
~ Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
~ Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat. Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
~ Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
~ Kesantunan terbahagi kepada dua jenis seperti yang dijelaskan oleh Asmah Haji Omar: kesantunan asas dan kesantunan berkala.
~ kesantunan asas: kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
~ kesantunan berkala: kesantunan yang menggmbarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.
~ Leech (1983), menginterprestasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergesaran dalam sesuatu interaksi. Dalam usaha mengurangkan pergesaran atau konflik penggunaan bahasa mesti halus, beradab sopan, perlakuan lemah-lembut dan berbudi pekerti.
~ J. Ferguson dan Das Gupta (1968) menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
~ Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras.
~ Menurut Aristotle, ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. Pengertian yang diberikan memberi maksud aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu bagi menentukan seseorang itu berakhlak terpuji atau mempunyai akhlak yang tercela.
~ Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Pengertian ini merujuk kepada kesantunan yang harus ada kepada pemimpin masyarakat atau orang yang mempunyai kuasa, harta dan kedudukan dalam masyarakat.
~ Lakoff (1975) telah  mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergesaran dalam sesuatu interaksi yang berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal.
~ Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.



~ Asmah Haji Omar (2000)                                                        
~ Leech (1983)                  
 ~ Hamka
                 ~ Aristotle                         

Tuesday, 1 September 2015

penjagaan muka sebagai asas kesantunan( bab 2)

2.3: PENJAGAAN AIR MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
~ Kesantunan mempunyai hubungan yang rapat dengan penjagaan air muka seseorang yang melibatkan maruah diri.
~ Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka. Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga tercipta pelbagai peribadi yang berkaitan dengan muka.
~ Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi asas didikan anak-anak.
~ Konsep malu itu meliputi pelbagai aspek pengertian termasuklah yang paling tinggi yang berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga dan masyarakat.
~Orang yang menerima malu, lazimnya akan berasa tertekan dan hilang pertimbangan. Jadi, seseorang perlu mengelakkan dirinya daripada menerima malu atau memberi malu kepada orang lain.
~ Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat pada konsep malu.
~ Malu boleh berpunca daripada penggunaan bahasa. Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang. Perkataan yang keluar daripada bibir hendaklah santun.
~ Penjagaan mulut juga sangat penting. Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain.
~ Orang Melayu juga amat mementingkan penjagaan lidah kerana itu ada peribahasa yang berkaitan dengan lidah contohnya "lidah bercabang" dan "lidah buaya".
~ Selain mulut dan lidah, kita juga tidak boleh mengabaikan soal hati. Hal ini kerana hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut.

SOALAN TUTORIAL:
1) Jelaskan konsep penjagaan air muka mengikut kefahaman anda sendiri.
JAWAPAN: Penjagaan air muka boelh dikaitkan dengan penjagaan mulut, penjagaan lidah dan penjagaan hati. Apabila kita bercakap dengan sopan memikir sebelum bercakap, maka kita tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kasar dan menyakiti hati orang lain. Dengan ini, kita dapat menjaga air muka sendiri.
2) Mengapakah penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi dalam masyarakat?
JAWAPAN: Penjagaan muka amat penting kerana orang alin boleh mempercayai, mengormati dan menyayangi kita.
3) Air muka seseorang dapat menunjukkan sikap dan tingkah lakunya. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai.
JAWAPAN: Jika seseorang mempunyai air muka yang baik, maka ini bermaksud orang itu sentiasa bersikap baik dan positif. Oleh itu, banyak orang yang menyanjungi dan menghormatinya

Saturday, 29 August 2015

kesantunan merentas budaya(bab 2)

2.4: KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
KONSEP
~ Kebudayaan dan kesantunan mempunyai hubungan yang sangat rapat.
~ Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat yang merangkumi aspek kesantunan dalam berkomunikasi sama ada verbal atau nonverbal.
~ kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni semasa berkomunikasi.
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
~ Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu bangsa sahaja. Ia merentas pelbagai budaya.
~ Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang berbeza. Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang berbeza bangsa , bahasa dan agama.
~ Dengan kata lain, komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks.
~ Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, etika serta tanggapan terhadap sesuatu hubungan.
~ Budaya berbeza maka tingkah laku dan komunikasi juga berbeza. Cara kita berkomunikasi , keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya perselisihan faham.
~ Sebagai contoh, dalam amalan biasa di negara Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai tanda menghormati namun bagi masyarakat Timur perbuatan tersebut dianggap tidak sopan.
@ gambar tersebut membawa maksud jika kita bekerjasama dan berinteraksi dengan baik walaupun beza daripada budaya dan kaum, hasil kerja tentulah baik.

Friday, 28 August 2015

KESANTUNAN VERBAL( bab 3)

JENIS DAN BENTUK KESANTUNAN
(a) Kesantunan Verbal
(b) Kesantunan Nonverbal
(c) Kesantunan Lisan
(d) Kesatunan Penulisan


(a) Kesantunan Verbal
kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada memalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukan daripada kita.
~ dalam masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa amat penting kerana bahsa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat
~ Verbal merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.



~ CIRCLE MAP TENTANG KESANTUNAN VERBAL
APA YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA MENGABAIKAN KESANTUNAN VERAL?


SOALAN TUTORIAL
1) Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.
JAWAPAN: Rakan sekelas saya terdiri daripada tiga kaum iaitu Cina, Malay dan India. Cara saya mengamalkan konsep kesantunan bahasa dengan mereka adalah berkomunikasi dengan menggunakan yang semua orang faham iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya juga sentiasa bersalam dengan rakan-rakan di Institut Pendidikan Guru. Saya sentiasa mengambil berat terhadap rakan-rakan adakah mereka memerlukan bantuan.
2) Senaraikan lima jenis kesantunan verbal yang melibatkan guru dan murid-murid sekolah, kemudian berikan contoh dialog yang sesuai dengan menekankan aspek kesantunan verbal.
JAWAPAN: ~ Murid-murid sekolah perlu bersalam kepada guru.
~ Murid-murid harus mendengar, mengikut arahan dan nasihat guru.
~ Murid-murid perlu bercakap dengan guru dengan sopan dan halus.
~ Murid-murid harus menghormati guru.
~ Murid harus membantu guru jika mereka memerlukan bantuan.
CONTOH DIALOG:  " Selamat pagi Cikgu"
" Selamat pagi Ahmad"
" Cikgu, bolehdah saya membantu Cikgu mengangkat buku-buku ini?Nampak berat sangat."
"Oh ,boleh,terima kasih ye Ahmad kerana sudi membantu Cikgu."
"Sama-sama cikgu, inilah tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar."

kesantunan nonverbal(BAB 3)

(b) Kesantunan Nonverbal
~ kesantunan nonverbal juga didefinisikan sebagai komunikasi nonverbal.
~ komunikasi nonverbal merupakan tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.
~ contohnya: perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, gerak mata, suara dan lain-lain.
~ Tujuan komunikasi nonverbal: menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan                                                      atau tulisan.
                                                   : menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial                                                            seseorang individu.
~ Fungsi Komunikasi Nonverbal: Pengulangan ( repeating )
                                                    : Penggantian ( substituting )
                                                    : Kontradiksi ( constast / regulating )
                                                    : Pelengkap ( complement )
                                                    : Penegasan ( accenting / moderating )
~ Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal

#Gerakan Anggota Badan                                                        # Gerakan Mata                                                                     

# Gerakan Tangan                                                      

 

















 #Mimik Muka















                         

kesantunan lisan( bab 3)

(c) Kesantunan Lisan
~ kesantunan lisan juga didefinisikan komunikasi lisan.
~ Ia merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.
~ Komunikasi lisan boleh mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan juga boleh menjalinkan    hubungan peribadi antara dua pihak.
~  Kesantunan berbahasa boleh dilihat dalam aktiviti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, pengumuman, arahan dan lain-lain.

STRATEGI KESANTUNAN

  • Dalam percakapan, seseorang itu perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai.
  • Tujuannya adalah untuk menjaga air muka dan mengelakkan perselisihan faham yang tidak diperlukan.
  • Contohnya, semasa kamu ingin meminjam buku dari rakan, kamu boleh tanya macam ini: "Ali, bolehkah awak pinjam buku ini kepada saya?" tetapi bukan "Ali!Bagi buku tu kepada saya!"
  • Kita juga harus sentiasa bercakap "terima kasih" apabila dibantu oleh orang dan "minta maaf" jika melakukan sesuatu kesalahan.
  • Aspek-aspek kesantunan yang perlu diberi perhatian termasuk suara dan intonasi yang sopan, pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus, penggunaan sistem panggilan yang betul, gaya bahasa yang sesuai dan isu perbincangan yang tidak sensitif.
~ Komunikasi lisan dibahagi kepada dua: Rasmi dan Tidak Rasmi
    
Rasmi: bercakap dengan orang yang lebih tinggi kedudukan daripada kita contohnya ibu bapa, pegawai dari jabatan
Tidak Rasmi: bercakap dengan orang yang sama kedudukan dengan kita, contohnya rakan sebaya


SOALAN TUTORIAL:
1) Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana kesepaduan bahan lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dengan penerima mesej.
JAWAPAN: Jika pemberi mesej menyampaikan mesej dengan bercakap dan mengguakan gerakan badan ,penerima mesej akan lebih jelas dengan mesej tersebut kerana dia boleh mendengar mesej tersebut dan melihat pergerakan pemberi mesej.
2) Berdasarkan hasil pembacaan anda huraikan lisan dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia.
JAWAPAN: Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Kesantunan lisan memainkan peranan yang penting untuk mewujud keharmonian antara kaum. Kita harus bercakap dengan sopan dan sentiasa berfikir tentang orang lain. 
     

kesantunan penulisan (bab 3)

(d) Kesantunan Penulisan
~ Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal.
~ Penyampai perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada penyampai mesej.
~Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
~ Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah: surat rasmi, laporan, kertas kerja, ucapan rasmi dan minit mesyarat.
~Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah: penggunaan kata panggilan yang betul, kata sapaan yang betul, gaya bahasa yang betul dan isu yang tidak sensitif.


Wednesday, 26 August 2015

BAB 4 : Peraturan Bahasa

Bab 4: Peraturan Bahasa

4.1 JENIS PERATURAN BAHASA
1. Peraturan linguistik
Menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan Bahasa. 
Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan Bahasa sesuatu Bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa. 
Untuk menjaga kesempurnaan perjalanan sesuatu urusan atau majlis agar mesej yang disampaikan jelas dan tepat.
Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistic yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi
Contohnya, pengguna tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya.
Penggunaanya dalam komunikasi lisan termasuklah kata ganti diri yang tepat terhadap seseorang
Sebutan perkataan hendaklah halus dan tepat supaya dapat menjelaskan mesej dengan baik dan santun
Peraturan linguistik harus dipatuhi untuk menjaga kesempurnaan perjalanan sesuatu usrusan atau majlis agar mesej yang disampaikan jelas dan tepat
Untuk memastikan semua yang hadir dengan urusan atau majlis dapat mengurangkan jurang berkomunikasi
2. Peraturan sosiolinguistik
Berkaitan dengan penggunaan Bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (komunikasi lisan)
Peraturan sosiolinguistik yang menitikberatkan hubungan sosial antara penulis dengan pembaca (komunikasi tulisan)
Peraturan sosiolingustik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seorang yang lain
Contoh: penggunaan kata sapaan yang betul
Contoh:dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul
Penggunaan gelaran dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara(dalam suasana yang tidak rasmi)
 3. Peraturan pragmatic
Satu kajian di mana perkataan dan sesuatu frasa itu digunakan dalam maksud tertentu dalam situasi yang tertentu
Dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara bersopan dan berkesan
Menekankan penggunaan Bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi
Contoh: dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog
Supaya tujuan atau hajat kita tercapai pada waktu yang sama kesopanan Bahasa terpelihara
4.2 JARAK SOSIAL
Keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama.
Perbezaan di dalam masyarakat menunjukkan adanya lapisan yang tinggi dan lapisan bawah
Setiap lapisan tersebut disebut starata sosial.
Dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya
Jarak perabadan muncul kerana adanya perbezaan dalam ilmu pengetahuan dan kemajuan
4.3 KONTEKS PERCAKAPAN
Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatic untuk memahami pemakaian Bahasa
Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara dan lain-lain.
Dibahagikan kepada lapan jenis:
a. Penutur dan Pendengar
Penutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa percakapan disebut peserta. Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain. Mengetahui latar belakang peserta akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya. Hal ini kerana makna wacana tertentu akan mempunyai makna yang berbeza jika dituturkan oleh penutur yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
b. Topik pembicaraan
Dengan mengetahui topic pembicaraan, pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana, sebab topic pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza pula. Di sampig itu, penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topic yang dibicarakan
c. Latar peristiwa
Latar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melari terjadinya peristiwa percakapan.
d. Penghubung
Penghubung adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan. Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat menggunakan penghubung dengan Bahasa lisan atau tulisan. Ujaran secara lisan dapat dibezakan berdasarkan sifat hubungan penutur sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hubungan langsung terjadi dalam dialog tanpa perantara sedangkan hubungan tidak langsung terjadi dengan perantara telefon. Ujaran secara lisan juga dapat dibezakan menjadi regam resmi dan tidak resmi
e. Laras Bahasa
Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras Bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan. Amatlah ganjil jika ragam Bahasa baku diguna pakai dalam urusan tawar-menawar di pasar. Jika berasa anah atau ragum tidak baku digunakan dalam acara rasmi seperti menyampaikan kulian akademik.



f. Bentuk pesanan dan maklumat
Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah tepat, kerana bentuk pesanan dan maklumat bersifat fundamental. Bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat umum jika pendengar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Jika pendengar terdiri daripada satu lapisan masyarakat bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat khusus. Isi dan bentuk pesanan hendaklah sesuai dengan kehendak pendengar untuk mengelakkan sukar dicerna oleh pendengar.

g. Peristiwa percakapan
Peristiwa percakapan bermaksud peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan. Contohnya pidato, perdebatan, seminar dan sebagainya. Peristiwa percakapan tertentu akan membentuk bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan. Contohnya, wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya dengan wacana untuk seminar.
4.4 TUJUAN DAN MATLAMAT
Dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informative, wacana khas seperti majlis perasmian, majlis perpisahan atau hiburan. 
Berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jatina dan sebagainya
Perlu selari dengan kekhususan topic yang dibicarakan.
Contohnya, bidang ilmiah, bidang industry, bidang pemasaran dan lain-lain
Harus bertepatan dengan suasana keadaan
Contohnya, tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa
Dalam percakapan, kita haruslah cakap apa yng penting dahulu
Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan
Contoh-contoh:
1. Perkara yang penting dan menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain
-Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu buruk telah berlaku. Perkara tersebut harus diberitahu secepat mungkin
2. Perkara yang penting tetapi tidak segera.
-Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka.
3. Perkara yang tidak penting
-Kita boleh menyampaikan sesuatu yang tidak penting semasa berbual-bual pada masa lapang. Kita boleh memilih keadaan yang ‘relaks ‘ untuk memberitahu sesuatu yang tidak penting.
4.5 GILIRAN BERCAKAP
Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap
Masyarakat Melayu mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
Sistem pola giliran digunakan supaya percakapan dapat diangsungkan sekata dalam kata lainnya setiap orang yang terlibat mendapat giliran yang sama untuk berbicara

Contoh pola giliran
“Menurut pandangan kamu bagaimana?”
“Mungkin anda memiliki gagasan lain?”
Pengalihan pembicaraan ke topik lain sering terjadi kerana adanya kaitan antara satu masalah terhadap masalah yang lain atau satu topic terhadap topic yang lain.

Contoh ungkapan pengalihan topik dalam bentuk formal:
Mungkin ada kaitannya dengan…
Mungkin agak menyimpang, tetapi…
Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah…
Contoh semasa menyangguh pendapat yang berbeza dengan pendapat kita:
a) Berikan permohonan maaf dahulu
b) Nyatakan kesan mendukung gagasan akan disangguh sebelum menjelaskan kekurangannya
c) Ungkapkan kekurangan dengan perkataan berpekerti dan tidak menyinggung
d) Beri alasan yang logic
Aturan giliran bercakap mengikut abad dan tataterbit:
DI KELUARGA
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang lebih besar
4. Pihak khususnya adik
DI SEKOLAH
1. Pengetua atau Guru Besar
2. Penolong kanan sekolah
3. Ketua unit atau jabatan
4. Para pensyarah atau guru
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6. Para pelajar
4.6 MEMULAKAN DAN AKHIRI PERCAKAPAN
Memulakan dan mengakhiri percakapan termasuk dalam aspek sosiolinguistik yang juga turut mempengaruhi kasantunan Bahasa
Masyarakat Melayu- percakapan yang santun mestilah bermula dengan assalamualaikum dan salamsejahtera atau selamat pagi dan sebagainya.
Cara yang paling efektif untuk membuka percakapan ialah dengan mengajukan pernyataan
Kalimat tanya boleh menghidupkan suasana, tatkala seseorang tidak tahu apa yang harus diucapkan untuk membuka percakapan
Contohnya: Hendak ke mana?
Manakala, percakapan boleh diakhirkan dengan mengucapkan terima kasih dan disudahkan dengan wabillahhitaufik wassaalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Ungkapan untuk mengakhiri percakapan boleh juga berupa pernyataan atau pernyataan yang menerangkan bahawa percakapan harus diakhiri
Contohnya: Sudah pukul berapa sekarang? Tidak terasa sudah dua jam kita berbincang.
Mengakhiri percakapan dengan ucapan terima kasih
Contohnya: Terima kasihlah kerana sudi datang
Mangakhiri percakapan dengan permohoman maaf
Contohnya: Minta maaflah jika kedatangan kami kali ini mengganggu saudara.
Mengakhiri percakapan dengan pernyataan harapan
Contohnya: Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi di tahun hadapan
4.7 PEMILIHAN KATA
Gelaran Pergaulan Bebas
-Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkhawin, manakala ‘Encik’ untuk lelaki sahaja. Gelaran pergaulan ta bersahaja frmal untuk orang lelaki seperti ‘Tuan’, ‘Haji’, ‘Doktor’ dan ‘Profesor’ digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada diri sendiri ‘Saudara’ dan ‘saudari’ digunakan untuk orang lelaki ata perempuan yng seumur ataupun lebih muda dengan diri sendiri. 
Gelaran Warisan
-Contoh raja bagi negeri Perak. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda bagi negeri Brunei Darussalam. Tengku untuk Kelantan, Pahang, Kedah dan Terrengganu. Gelaran keturunan orang-orang besar seperti Megat dan Puteri bagi negeri Perak, Nik dan Wan bagi negeri Kelantan, Abang bagi negeri Sarawak, Datu bagi negeri Sabah.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Mallaysia seperti Raden dari Jawa Daeng dari Bugis, Sidi, Sultan dari Minangkabau, Tengku dan Tengku dari Aceh.
Gelaran Kurnian, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Setia dan sebagainnya adalah gelaran diuniakan oleh kerajaan negeri. Toh Puan adalah gelaran kepada datuk Terengganu.
Contoh-contoh Gabungan Gelaran:
a. Kekeluargaan+Keagamaan- Pak Haji
b. Pergaulan Tak Bersahaja(kecuali saudara) + Keagamaan- Tuan Haji
c. Kekeluargaan+ warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan
d. Pergaulan Tak Bersahaja+ Keagamaan+ Warisa(hanya Nik).- Tuan Haji Nik
e. Warisan (Kecuali Nik)+ Keagamaan- Raja Haji
f. Kurniaan Kerajaan+ Akademik/Ikhtisas + Warsan+ Keagamaan- Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

TUTORIAL
1. Bincang dan hasilkan contoh peraturan berbahasa daripada aspek jarak sosial dan konteks percakapan.

JARAK SOSIAL
1. Hargai mitra bicara
Sopan santun dengan tidak melihat status sosial pihak lain
 Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.

2. Peka terhadap kesempatan
Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi
Ungkapkanlah gagasan pendapat dan pandangan dengan jelas
Alihkan topik pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang tepat

3. Fahami relevansi pembicaraan
Menguasai masalah yang sedang dibincangkan
Gunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami
Usahakan isi pembicaraan relevan dengan topik

 Jika terjadi perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan konflik

KONTEKS PERCAKAPAAN

- Pilihan Kata Untuk Memulakan Percakapan 
Selamat pagi, Assalamu’alaikum, Hello

-Penerapan Pola Gilir Berkomunikasi
Bagaimana menurut pendapat Anda?(formal)
Menurut pandanganmu gimana?(non-formal)
Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain?

- Memohon Maaf Jika Belaku Kesilapan
Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”


-Mengalihkan Topik Pembicaraan Secara Halus 
( Secara formal ) 
Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan... 
Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya…. 

(Secara nonformal) 
Wah, makin seru kalau kita bicara soal… 
Boleh tahu pandanganmu tentang…. 

2. Gambaran tentang pentingnya peraturan berbahasa dalam kehidupan masyarakat Melayu banyak diugkapkan dalam puisi Melayu lama seperti pantun, peribahasa dan lain-lain. Cari sebuah pantun atau peribahasa atau bahan lain yang menyentuh tentang peraturan berbahasa dalam pergaulan dalam masyarakat.

Peribahasa
1. Bahasa jiwa bangsa. 
2. Bahasa menunjukkan bangsa.
3. Berbunyi bahasa diketahuilah bangsa.
4. Kerana pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa.
5. Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malam dengar-dengar.
6. Terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk padahnya.

Pantun


1.Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
2. Anak Cina menimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak berjual beli.


3.Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak menumpang mandi;
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.

Tuesday, 25 August 2015

BAB 5: STRATEGI KESANTUNAN
STRATEGI KESANTUNAN VERBAL
Bermaksud kesantunan yang dilihatkan secara lisan atau bukan bertulis
Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal
ü  Strategi toleransi
ü  Strategi timbang rasa
ü  Strategi memberi salam
ü  Strategi bersopan santun
ü  Strategi ramah mesra
ü  Strategi tidak mementingkan diri sendiri
ü  Strategi merendah diri
ü  Strategi berterima kasih
STRATEGI KESANTUNAN NON VERBAL
Merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.
Mampu mengambarkan personaliti,, tujuan dan status sosial
Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan non verbal
ü  Strategi toleransi
ü  Strategi timbang rasa
ü  Strategi memberi salam
ü  Strategi bersopan santun
ü  Strategi ramah mesra
ü  Strategi tidak mementingkan diri sendiri
ü  Strategi merendah diri
ü  Strategi berterima kasih
STRATEGI KESANTUNAN LISAN
Mempunyai 4 strategi kesantunan lisan Brown and Levinson
²  Strategi Langsung
 Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenali
²  Strategi Kesantunan Negatif
Untuk mempertahankan kebebasan tindakannya
Biasanya berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali
²  STRATEGI KESANTUNAN POSITIF
Biasanya dilakukan antara dua orang iaitu kenalan atau pihak- pihak yang berhubungan akrab
²  STRATEGI TIDAK LANGSUNG
Digunakan apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur
STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL:
Ø  Memperkenalkan tokoh-tokoh bahasa terkenal di Malaysia
Ø  Menyampaikan sifat-sifat kesantunan yang perlu ada
Ø  Penulisan mematuhi hukum tatabahasa
Ø  Penulisan tidak agresif dalam melakukan kritikan
Ø  Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan
Ø  Penulisan secara formal dan sesuai dengan format penulisan
Ø  Memberi nasihat dan cadangan kepada pembaca dan masyarakat secara bersopan
Ø  Penulisan yang jelas dan mudah difahami
Ø  Penulis ikhlas dalam menyampaikan idea sendiri

Thursday, 20 August 2015

ISU KESANTUNAN



1.0      PENDAHULUAN
Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki  dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat.
Sebelum keadaan menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh. Hal ini menunjukkan bahawa maksud budi bahasa tidak mempengaruhi dalam kalangan masyarakat. Menurut Kamus Dewan  kesantunan memberi pengertian perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan,  kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti), baik dalam bahasa lisan ataupun lisan. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesantunan amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan. Bahasa pula merujuk kepada sebuah alat yang digunakan oleh manusia untuk  berkomunikasi, bertukar pendapat meluahkan perasaan dan kefahaman awal.
2.0          KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH
2.1          PENGENALAN
Konsep  kesantunan  bukan  sahaja  menumpuk  kepada  kesantunan  berbahasa  semata-mata  malahan  ia juga merujuk  kepada  aspek  nonverbal. Nonverbal  ini  terdiri  daripada  tingkah  laku , mimik  muka  dan  nada  suara.Oleh itu , kesantunan  diistilahkan  sebagai  kehalusan  budi  bahasa  atau  budi  pekerti  dan  kesopanan.Bagi  mengetahui  secara  dalam  mengenai  kesantunan  terdapat  beberapa  takrifan  daripada  tokoh-tokoh  dunia.Tokoh-tokoh  ini  terdiri  dari  Melayu , Barat  dan  agama.
2.2       KONSEP KESANTUNAN
Konsep kesantunan bahasa adalah kesinambungan dari konsep budi bahasa yang memberi amalan positif kepada seseorang insan. Kesantunan berbahasa dapat didefinisikan sebagai sifat lemah-lembut, bersopan santun dan mempunyai kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang penutur apabila berbahasa atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja menggunakan bahasa yang sopan dan beradab. Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti dan beradab atau sopan. Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

          Konsep kesantunan tidak hanya merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka dan nada suara. Oleh itu, kesantunan boleh diistilahkan sebagai kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Konsep kesantunan ini mempunyai rangkuman segala perlakuan terpuji yang disempurnakan pula dengan penggunaan bahasa yang santun seperti yang ditunjukkan dalam lampiran Rajah 1.1. Dengan ini, kesantunan boleh dijelmakan dengan dua cara, iaitu :
a)         Kesantunan berbahasa melalui pemilihan kata ataupun nada
b)         Kesantunan dalam perlakuan melalui gerak laku, gaya dan ragam

        Konsep kesantunan wujud dengan pelbagai teori dan takrifan daripada tokoh-tokoh dunia. Konsep kesantunan ini juga adanya pelbagai sifat kerana dalam konsep ini dapat pelbagai bentuk kaedah yang telah dirumus dengan penuh strategi. Bagi mengetahui secara dalam mengenai kesantunan terdapat beberapa takrifan daripada tokoh-tokoh dunia. Tokoh-tokoh ini terdiri dari Melayu, Barat dan agama. Tokoh-tokoh Melayu terdiri daripada Awang Sariyan, Hamka, Noriati A.Rashid, Zaitul Azma Zainon  Hamzah serta J.Ferguson dan Das Gupta, Leech, Thomas, Brown dan Levinson dan sebagainya ialah tokoh-tokoh dari Barat.

           Menurut Awang Sariyan (2007) telah memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik,sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Melalui perkataan tersebut, kesantunaan telah didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang tetap dan dipersetuju oleh sesuatu masyarakat dengan menjadi prasyarat dalam kalangan masyarakat. Menurut tokoh Melayu iaitu Hamka (2002),mengatakan bahawa kesantunan adalah kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Menurut Noriati A.Rashid (2004) berpendapat bahawa kesantunan terbina apabila manusia menjaga air mukanya sebagai mengekalkan hubungan dengan  tuhan.



          Menurut Thomas (1995) kesantunan merupakan kesedaran tentang jarak sosial. Hal ini, bermaksud bahawa seseorang penutur perlu sentiasa mengamalkan sikap sopan apabila  berhubung dengan orang lain kerana adanya had antara seorang penutur dengan yang lain. Satu teori kesantunan yang berasal daripada pendapat Goffman(1987) tentang ekspresi  muka. Beliau mendefinisikan kesantunan sebagai mengambil berat ataupun peduli tentang wajah penutur dan pendengar. Dengan kata lain, wajah bukan hanya bermaksud rupa tetapi  turut melibatkan harga diri seseorang. Sehubungan ini, Brown dan Levinson (1987) menyatakan bahawa wajah merupakan kurniaan peribadi yang dimiliki oleh setiap insan dan bersifat universal.

         Disamping itu, takrifan kesantunan menurut perspektif agama merupakan kepercayaan, nilai dan amalan yang berasakan kepada pengajaran. Agama sebagai model kepada diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan. Agama juga membantu manusia memahami kejadian di dunia. Konsep ketuhanan merupakan satu aspek yang luas namun semua agama menekankan kepada kebaikan dan kebenaran.
2.3                   KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
2.3.1 PANDANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM
          Menurut, Khalifah Abdul Malik Marwan, ‘ semulia-mulia manusia ialah orang orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
        Menurut Hamka, kesantunan berbahasa adalah Kata-kata yang lemah dan beradab yang dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. Beliau tambah lagi bahawa Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
      Menurut Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadisnya menekankan kesantunan berbahasa dengan bersbda bahawa, “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam. Beliau juga bersabda “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh darriku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara”.           
            Maka, dapatlah kita menyimpulkan bahawa kesantunan berbahasa adalah sikap manusia yang sentiasa merendah diri, bersikap adil dan memaafkan orang lain apabila mereka membuat kesalahan. Kecantikan manusia terletak pada budi bahasa dan akal fikiran manusia. Manusia yang berpakaiaan cantik dan mempunyai wajah yang menawan tetapi tidak bersantun dikira sebagai orang yang tidak cantik.
2.3.2 PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT
Lakoff(1975) menginterprestasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi Fraser dan Nolan (1981), kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan konflik. Leech (1983) pula menyatakan bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan bermaksud baik-baik sahaja tetapi yang paling pentig ialah menjalankan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi untuk mengelakkan konflik.
             Dua tokoh terkenal dengan pandangan mereka terhadap fenomena kesantunan, iaitu Brown dan Levinson pula mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka(TAM) kepada pendengar (1987). Pada mereka, setiap orang mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negative yang merupakan kehendak masyarakat sejagat. Sehubung itu, sewaktu berlakunya komunikasi, penutur perlu mengurangkan ancaman terhadap muka pendengar dengan memilih strategi kesantunan. Kesantunan juga dikatakan sebagai satu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara emprikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar bagi pendapat Held (1992).
            Secara keseluruhanya, kesantunan adalah suatu perlakuan yang mengelakkan salah faham ataupun konflik di dalam sesuatu interaksi. Kesantunan dapat menjamin hubungan antara penutur dan pendengar supaya mereka tidak berkelahi. Kesantunan juga menjadi alat yang meneyelesaikan konflik dengan penggunaan bahasa, nada dan intonasi yang betul. Penggunaan kesantunan pada masa, tempat dan situasi yang sesuai dapat mengurangkan tindakan ancaman muka iaitu muka positif muka negative.
2.3.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH DI MALAYSIA
 Menurut, Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat bermasyarakat.
Menurut Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
Menurut Za’ba budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah laku. Za’ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik seperti bersalam, menunjukkan muka yang manis, cara duduk yang tertib, melayan tetamu dengan menghidangkan juadah, membongkokkan badan ketika melintas dan menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu.
Maka, dapatlah kita menyimpulkan bahawa kesantunan adalah sikap-sikap yang baik seperti berbudi bahasa, bersopan-santun, beradab, hormat-menghormati kita terhadap orang yang bertutur dengan kita. Kesantunan adalah satu cara yang digunakan oleh manusia untuk memcapai sesuatu tujuan atau matlamat. Kesantunan juga boleh dikatakan sebagai panduan tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli masyarakat yang sudah ditetapkan oleh masyarakat zaman dahulu.
2.4 KEPENTINGAN KESANTUNAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
2.4.1 Individu
Seorang individu yang berbudi bahasa dan bersopan santun akan mudah mendapat pertolongan ketika berada dalam kesusahan kerana disegani oleh orang lain.Orang yang bersantun juga mudah didamping oleh orang lain kerana sifatnya terpuji. Kesantunan bahasa juga melahirkan individu yang beretika dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.
2.4.2 Masyarakat
Kesantunan adalah sangat penting dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ini kerana Negara kita mempunyai masyarakat daripada pelbagai bangsa,agama dan kaum yang hidup bersama. Kesantunan dapat membantu mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum seperti yang terdapat dalam gagasan Malaysia. Apabila wujudnya sikap-sikap seperti toleransi, bertolak-ansur dan saling hormat-menghormati akan lahirlah masyarakat yang hidup dengan aman dan harmoni. Dengan ini, kita dapat mengelakkan perbalahan sesama masyarakat seperti isu Plaza Low Yat baru-baru ini. Kesantunan juga dapat masyarakat Malaysia yang bertamadun dan disegani di mata dunia.
2.4.3 Negara
            Dari persepektif Negara pula, masyarakat yang berbahasa dapat meningkatkan nama baik Negara dengan mempamerkan nilai-nilai positif kepada pelancong asing seperti tolong-menolong,berbudi bahasa dan senyum. Keadaan ini akan menarik minat pelancong asing utuk sentiasa berkunjung Negara kita kerana mereka selesa dengan layanan yang diberikan oleh masyarakat Malaysia. Apabila bila ramai pelancong mula berkunjung ke Negara kita ia secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan Negara. Apabila pendapatan Negara meningkat Negara akan menjadi maju dan menjadi stabil dari segi ekonomi sekali gus mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan untuk mentadbir Negara dengan cekap dan telus. Hubungan diplomatik antara Negara serantau bagi menjamin kemajuan dan keselamatan Negara dapat dijalinkan dengan mudah.
2.5 RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, kita akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif, mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu, bermoral dan baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan tinggi peradaban. Penggunaan bahasa Melayu yang santun dikaitkan dengan tanggapan dan konsep ‘reti bahasa’. Kata pepatah Melayu, ``Yang tua dihormati, yang muda disayangi”.
3.0 Isu-isu Kesantunan Di Malaysia
3.1  Pengenalan
 Menurut Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s 1390,  perkataan kesantunan membawa maksud perihal santun, kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Isu-isu semasa yang telah berlaku dalam kalangan remaja sebenarnya mempunyai kaitan dengan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat. Kekurangan pengamalan nilai kesantunan akan menyebabkan remaja masa kini sering melakukan tingkah laku yang kurang sopan dan secara tidak langsung akan terjerumus dalam gejala social seperti pembuangan bayi, ponteng sekolah, vandalism, gangsterisme dan lari dari rumah. Hal ini demikian kerana remaja kurang memahami konsep nilai kesantunan serta kepentingan pengamalan nilai kesantunan dalam kehidupan.
           3.2 Isu Kesantunan Di Malaysia
3.2.1 Isu Kesantunan Sosial
Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara.
3.3 ISU GANGSTERISME
        Sejak kebelakangan ini, masyarakat sentiasa membincangkan tentang generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh menjejaskan keutuhan struktur masyarakat di negara kita. Masalah aktiviti-aktiviti sosial yang ditimbulkan ialah masalah gengsterisme. Ibu bapa semakin mengambil berat tentang masalah ini kerana aktiviti gengsterisme semakin berleluasan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara. Pada masa kini, sekolah telah menimbulkan satu suasana yang tidak selamat. Oleh itu, pelajar-pelajar dan ibu bapa tidak dapat mengyakini displin sekolah. Mereka sangat merisaukan keselamatan anak-anak mereka semasa anak-anak mereka belajar di sekolah. Sekolah di serata dunia juga menghadapi masalah kes displin pelajar-pelajar.  
         Maksud gengsterisme ialah sekumpulan orang yang melanggar moral masyarakat. Mereka akan melakukan kelakuan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan ini juga dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali delinkuen. Kumpulan gengsterisme juga akan dipanggil samseng, perogol, kaki ponteng dan lain-lain. Pada masa kini, keadaan gengsterisme telah bertambah serius kerana didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah terlibat dalam gejala gengsterisme. Aktiviti yang akan dilakukan oleh gengsterisme ialah kekasaran terhadap guru, pihak pengurusan sekolah dan kes-kes keganasan. Antara kes-kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras ugut barang kemas atau wang, berbahasa kasar dan menakut-nakutkan serta memukul pelajar.   
            Golongan remaja senang terdedah dalam keadaan persekitarannya. Jika kita dapat memenuhi keperluan mereka seperti memberi keseronokan, mereka akan memasukkan kumpulan kongsi gelap tersebut. Kumpulan gengster ialah satu kumpulan orang yang membuat tindakan-tindakan yang ganas dalam bercorak anti sosial. Hubungan mereka menjadi lebih erat dan kukuh berbanding pada mulanya tidak sehaluan. Mereka sangat mementingkan semangat setia kawan dan mengamalkan tradisi kumpulan. Golongan remaja akan mengubah spesifik geng mengikut keadaan semasa dan tempat. Ahli-ahli akan memberikan sokongan yang tidak berbelah kepada satu sama lain. Mereka akan memahami matlamat serta tanggungjawab masing-masing. Ketua kongsi gelap akan pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah.
            Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti jadual  3.1 berikut :-
 Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster
dan Membakar Premis Sekolah

Jenis Kes
1997
1998
1999
Kes Samseng
107
77
85
Membakar Premis Sekoalah
6
19
10


                                Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)

3.2  PUNCA ISU GANGSTERISME



 Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan pengaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka akan bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.
 Seterusnya, ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.
Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini.
Media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah lakuyang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.
3.5 KESAN ISU GANGSTERISME
3.5.1 DIRI SENDIRI
Seseorang remaja yang melibatkan diri dalam gejala sosial seperti gengsterisme,ini akan mendatangkan kesan buruk ke atas diri sendiri remaja tersebut.Masa depan remaja tersebut akan dihancurkan.Remaja yang digelarkan sebagai benteng negara akan dilabelkan sebagai golongan remaja yang jahat dan tidak berguna dan turut mencemari imej diri sendiri.Mereka akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat.
3.5.2 KELUARGA
Kegiatan gangsterisme akan membawa kesan buruk terhadap institusi keluarga. Apabila ibu bapa memberi nasihat kepada mereka,mereka tidak akan mendengar dan ada juga akan menggunakan keganasan dan memarahi balik ibu bapa mereka. Kegiatan gangsterisme juga akan memburukkan imej keluarga. Ahli keluarga akan dikritik ,dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat.Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga yang sepatutnya seindah syurga .Selain itu,perbuatan jahat remaja juga akan meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli keluarga.
3.5.3 MASYARAKAT
Kewujudan gengsterisme turut mendatangkan beberapa kesan terhadap masyarakat dan remaja, ini termasuklah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gengster di sekolah memberi impak negatif kepada para pelajar dengan sering melakukan kegiatan ganas seperti bergaduh, membuli golongan yang lemah, ponteng kelas, mencabar guru dengan  pertuturan yang kasar dan lain-lain. Ahli-ahli gengster ini mengutip wang perlindungan daripada pelajar lain dan menakutkan mereka yang enggan memberi kerjasama. Kesan seterusnya ialah ahli masyarakat akan sentiasa terancam oleh kegiatan samseng. Gengster-gengster ini berani melakukan pelbagai kegiatan ganas seperti membakar bangunan, merosakkan telefon awam, merogol dan melumba motosikal secara haram.Gejala ini telah membimbangkan ahli masyarakat yang lain untuk keluar dari rumah.
3.5.4 NEGARA
Kes gangsterisme juga akan mempengaruhi nama baik negara kita. Jika kes gangsterisme terus meningkat ia akan mempengaruhi perkembangan pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini demikian kerana remaja merupakan harapan negara dan kini  mereka telah terjebak dalam kes jenayah dan ia akan memberi kesan buruk terhadap masa depan mereka.


3.6 Langkah-langkah untuk mengatasi isu gangsterisme
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme kalaupun tidak dapat menghapuskannya sama sekali. Antaranya Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua mereka.
             Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.
            Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko. 
            Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan kepribadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton ‘role model’ yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka.
3.7 Rumusan
            Kesimpulannya, remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi,sosialdan politik bagi sesebuah negara. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa, masyarakat, keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama demi memastikan remaja kini bebas dari  gejala gengsterisme.  Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras aktiviti negatif  ini agar  tidak berlarutan dan bertambah serius lagi.Dalam mengatasi masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting. Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisen dan komited.
4.0  Kepentingan Menangani Isu Gangsterisme Dalam Masyarakat Malaysia
Antara kepentingan menangani isu gangsterisme ialah untuk mengurangkan kes masalah gangsterisme di Negara kita. Seperti yang kita sudah tahu setiap hari kes gangstersime di Negara kita semakin meningkat. Saban hari  berita tentang kes-kes gansgterisme sering terpampang di dada akhbar.Peningkatan kes gangsterisme akan meneyebabkan keadaan huru hara di Negara kita. Pengurangan isu gangsterisme di Negara kita


1)    Mengurangkan kes masalah gangsterism
2)    Dapat mempertahankan imej Negara
3)    Melahirkan generasi masa depan yang bebas daripada penyakit social (kesedaran)
4)    Masyarakat hidup dalam aman dan damai










5.0  Kesimpulan
Secara kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah orang yang banyak menabur budi hendaklah diteladani dan di ambil iktibar kepada generasi muda yang bakal memimpin negara kelak. Bak kata pepatah Melayu harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Oleh itu, jelaslah bahawa orang pada zaman dahulu menyifatkan budi yang baik akan dikenang untuk selama-lamanya. Orang-orang yang berbudi akan dikenang dan menjadi pedoman kepada masyarakat setempat. Budi baik seseorang juga akan diberi ganjaran pada akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat malaysia hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya dipandang mulia kepada negara lain khususnya.
Semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja  untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.